Saturday 12 March 2011

Kemelut KOAM dan MSN

Kalau xda angin manakan pokok bergoyang... So kalo xda angin, mesti ada orang yang goyang, kan...? Siapa??? Kalo bukan kerana kepentingan diri sendiri, sb apa lg... 

Dh lama aku pendam hal nie tp xtau nk cerita kt mana... Sapa x terasa kalau keluarga sendiri kena tipu dengan pembesar negeri, bukan setakat keluarga aku sahaja tp seluruh penduduk kampung aku kena 'kencing'. 

Bayangkan tanah penduduk kampung yang dibeli utk membuat projek sebuah IPTA hanya dibayar separuh sahaja dari harga asal. Mungkin kita semua faham, bagi orang kampung dapat duit beribu-ribu telah membuat mereka berasa bersyukur dengan rezeki yang ada, tp paling aku sakit hati, xda rasa bersalah langsung pembesar negeri ni pada masa tu mengambil hak penduduk kampung berlipat kali ganda. 

Bukan setakat tu saja, pembesar negeri ni jgk guna duit rakyat untuk buat pondok bas kt atas tu dengan harga RM20,000 sebuah, dan ada lebih 30 buah pondok bas mcm tu. Last-last skarang ni jadi semak samun jer.

Jadi, bila aku dengar dulu masa mula-mula dia tawarkan diri nak masuk KOAM,
aku dh tergelak dalam hati, habislah KOAM lepas nie.. Sori kalau ada yang terasa, 
aku cuma nak berkongsi pekara yang dh lama aku pendam
sebagai seorang anak dan penduduk kampung yg dizalimi.

1 comment: